Daisypath Anniversary Years Ticker

Aku, Dia & Cintakami

Sunday, August 30, 2009

Salam Merdeka

Merdeka!
Merdeka!
Merdeka!

Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan yg ke 52.


Bebaskan diri anda dr terus dijajah......

Dina's Birthday

Hari ni 30hb Ogos 2009 usia Dina genap 7 tahun. Selalunyer birthday Dina kami sambut kt padang kat perumahan aku(countdown merdeka) tp taun ni kt umah jer sbb kena g solat Tarawikh. Aku & Jiran tetangga tiap2 taun buat makan2 kat padang sempena hari kemerdekaan tp taun kena bulan puasa lak.

Dina masa umur 2tahun
Kepada Dina Ibu ucapkan 'Selamat Hari Ulang Tahun yg ke 7. Semoga Dina dipanjangkan usia, sentiasa dilindungi & mendapat keredhaan ALLAH swt, menjadi anak yang solehah & rajin2 belajar agar tercapai cita2 nk jd doktor dan Ibu nak Dina tau yg Ibu sangat sayang kt Dina.Rasa cepat sgt masa berlalu..dah besar anak ibu.
Dina dah 7 tahun
Ramai yg kata Dina copyright aku sbb tu aku tak berapa ngam dgn dia, tapi yg penting aku sangat syg anak2 ku. merekalah nyawaku tanpa mereka hidupku tak bermakna.
~~IBU LOVE DINA~~



Saturday, August 29, 2009

Shopin Till U Drop.....

Hari ni utk kesekian kalinyer aku g shopin.Hb & anak2 tak ikut, takut nak bawa kat tempat sesak2 ni. Lg pun mask dah x de stock. Aku follow SIL yg nk g shopin kt SOGO. Target aku nk g cari baju melayu kat Jln TAR.

Baju anak2 aku dah beli b4 Ramadhan sbb malas nk berebut gan org ramai cuma nak top up sikit2 jer lg. Sampai kt SOGO kul 10am...layan jer akak ipar aku ni shopin sambil2 tu aku cari gak keperluan tuk diri sendiri. Pas tu pusing2 cari Jubah kat Norai Apparels..x de yg bkenan. Masuk kat TURKUAZ..jumpa 1 yg menambat hati..so apalg bayar jer ler.

Ronda kat Jln TAR..puhh ramai nyer orang...ni yg aku tak suka bersesak2 ni. Letih pusing2 tapi baju masih tak jumpa...pembetulan bukan baju tp warna...kalau ada pun jenis kain yg digunakan x menarik hati. dekat sejam aku terpusing2 baru jumpa baju Hb. Aku minat kain yg digunakan jd aku beli 2 psg...(1 psg warna keluar tema). Kedai tu x jual baju kanak2..maksudnyer kena sambung pencarian lg ler...

Aku dah penat memusing so masuk MYDIN tp masih x de kaler yg aku cari...kepala dah start pening. Akak ipar dah call suh g ke kete sbb ari nak hujan. Aku pun terpaksa menamatkan pencarian...

Kul 3.30pm bergerak pulang & singgah kt Masjid Wilayah utk solat Zuhur yg dah tinggal nyawa2 ikan jer.

Baju yg dicari masih lum dapat lg maksudnyer aku kena g shoppin lg ler...ahakkks.

Thursday, August 27, 2009

Baby dah Puasa


Hari ni dah 7 hari umat Islam menjlni ibadah Puasa. Taun ni aku & Hb dah plan nk ajar Baby berpuasa. Awal Ramadhan kami sambut di umah Parent aku kt Kuala Lipis. Biasa ler bila bersahur kt umah mak...tunggu jer mak kejut bangun sahur he..he... (tradisi ni aku dah amalkan sejak sebelum kawen hgga dah beranak pinak...tq mak).

Hari pertama baby bangun sahur makan sikit jer. Esoknyer pukul 1pm dia dah mula merengek nk makan.Aku pujuk suh tido tapi tok wan marah suruh bg makan. Dengan rasa berat hati aku bg baby makan. Masa bg baby makan tu aku reka citer suma org yg berpuasa akan tumbuh kepak utk terbang. Dia sorang jer yg tak de kepak. Nanti suma org terbang dia tinggal kat bawah. Dia janji gan aku esok dia nk puasa.

Esoknye kul 2pm dia mula minta makan. Aku ingatkan dia tentang kepak yg akan tumbuh jika berpuasa. Di sebabkan nak kepak & terbang cam org lain dia tak jd buka puasa. Aku suruh dia tengok TV. Pukul 4pm kami balik KL. Sampai kat Gombak (umah PIL) dekat kul 6pm..merayau2 kat Bazaar Ramadhan cari Juadah Berbuka.

Sampai kt umah PIL lg byk dugaan untuk Baby. Sepupu yg sebaya suma tak puasa dia pun merengek ler minta makan bila budak2 tu makan & minum depan dia. Hb layan dia dan bwa dia g jln2. Baby selamat menjalani Ibadah Puasa pada hari kedua dengan jayanyer.
Sejak dari hari kedua sampai sekarang Baby masih tak tingga puasa. Dia kata kepak dia dah byk & dah boleh terbang Tinggi. Alhamdillah, pada usia 4tahun 9bulan Baby dah pandai berpuasa. TAHNIAH baby!!! (taun ni claim duit raya byk sikit gan Ayah tau :p).

Dugaan Sebelum Ramadhan......

Hampir sebulan aku demam teruk.
Kronologinyer...

8hb Ogos - aku mula demam & sakit kepala.

10~13 Ogos - 4 hari MC...(13 Ogos amik darah).

14 Ogos - g jugak opis nk settlekan keje sikit..badan memang sakit giler, jln pun cam robot jer. Sampai umah doktor call kata ada prob gan report darah aku... alamak hati dah mula x sedap. Kul 8pm g klinik. Doktor bg tau platelet darah rendah 126 (sepatutnyer mesti lebih 150). Minta refer letter ke Specialist.

15 Ogos - G KPJ Selangor (nama dulu SMC). Doktor amik darah lg. Platelet makin turun 114. Doktor bg ubat & antibiotik dan suruh datang lg amik darah pd 17 Ogos.

17 Ogos - G amik darah..platelet turun lg 112. Doktor suh aku masuk wad. Dia nak monitor. Sbb nak tau kenapa platelet aku rendah..ujian denggi negative. Doktor kata Viral Fever. Kena buat throat swab & kena kuarantin sejam lebih.

17~18 Ogos - Terlantar di KPJ Selangor (Drip-2botol). Aku risau duk kt hospital ni lama2 sbb ramai sgt yg sakit. Sbelah katil aku pun demam. Bila doktor kata platelet darah naik 136 aku minta keluar. Doktor bg MC dari 17~21 Ogos. 21 Ogos suruh dtg amik darah lg. Tp aku tak g sbb emergency balik kg. Tapi sekarang aku dah beransur pulih dan badan tak sengal2 lg.

Company shutdown dari 21~31 Ogos 2009. Maksudnyer aku sekarang ni masih bercuti lg ler...

Kepada kawan2 suma aku nak ucapkan Selamat Berpuasa dan Berbuka..dan jgn lupa Solat Tarawikh (setelah 7 hari umat Islam menjalani Ibadah Puasa..huhu).

Monday, August 10, 2009

Menjelajah Langkawi

Diam tak diam dah sebulan aku x jengok blog ni...baik punye bz. nanti ler aku hapdet 1 per 1 ke mana aku menghilangkan diri selama 1bulan ni..tungguuu....


Hari ni aku nk hapdet pergembaraan aku ke Langkawi untuk kali yang ke...er.erm sori x hengat dah byk kali sgt. (da x termemori dlm otak aku) yang pasti sethn sekali aku mesti g sana. Jgn ingat aku ni kaki soping lak...hb aku yg suka g sana sbb rokok murah (alasan..he..he). So, sambil hb aku soping rokok aku soping ler pe2 yg patutkan..kan..kan.

Pengembaraan bermula pd 030709 dan berakhir pd 0607009. Flight kul 9.15pm tp biasa ler kpl terbang tambang murah ni delay lebih kurang 1jam

Melepak2 tunggu kapal terbang yg delay




Ketibaan di Lapangan Terbang Langkawi...11.10pm....
Check in kul 11.30pm..hotel Helang (sebelah airport jer)


Misi pertama 040709: Mengelilingi Pulau..antara pulau yg dilawati
1. Pulau Tasik Dayang Bunting
2. Pulau Singa Besar (Eagle Feeding)
3. Pulau Beras Basah




Berposing semasa menunggu bot




Teruja.....


Berhampiran Pulau Tasik Dayang Bunting....nampak tak background tu..cam pompuan peknen sedang baring..




Sampai sudah...tapi misi belum tamat lg


Nak sampai ke Tasik Dayang Bunting Kena Mendaki Lebih kurang 15min~20min ikut kelajuan family aku ler. (Aku lak pakai kasut tumit..uwwaa..) Satu lg yg anda perlu tahu kt sini banyak sangattt monyet. Monyet2 ni sangat teruja jika anda membawa beg plastik. Jadi sila berhati2.




Permandangan di Tasik Dayang Bunting




Setelah lepak 1jam kat Tasik Kami teruskan misi ke Pulau Singa Besar..Bagi Helang makan


Pas tu ke Pulau Beras Basah. Tempat untuk mandi-manda


Balik dari Pulau singgah Beras terbakar cari minyak gamat & kain batik
Misi Kedua 050709 - Pusing2 Pulau (darat lak)


Memula g Langkawi Cable Car..


Untuk bagi makan arnab...x naik cable car sbb dah byk kali naik dah x teruja.


Makan Tengahari kat Tanjung Rhu...Nasi Ayam best!!Masing2 dengan muka 10sen sbb tengah konfrantasi..


On the Way balik singgah Taman Burung..tp x masuk pun. Bergambar kt luar jer
Sempat singgah tempat wajib soping...Idaman Suri & Ismail Group
Balik hotel & Lepak2. Lepas Maghrib kuar g shoping2 kat Jetty Point


Dina & Bunga Kristal dlm kedai Ismail Group.
Misi Tamat -060709 ..Hari ni tak sempat g memana hanya mandi dikolam kt hotel. Disebabkan teruja mandi kolam. Nyaris2 kami x tertingal flight. Masa final call kami masih dok tunggu tokey kete dtg & nak amik deposit. Sampai dah penat dorang buat announcemnt baru kami check in...Bila dah nak masuk hb aku baru teringat jaket dia tertgal dlm kete sewa. Nasib baik penjaga tiket tu bagi pergi amik.




Akhirnya kul 1pm kami sampai di LCCT..