Aku, Dia & Cintakami

Tuesday, April 28, 2009

Jom Cuba....


Korang nak cuba? Masuk ler kt sini www.makesweet.com mcm2 ada.......



Almari Pasang Siap a.k.a Wardrobe

Mari kita tengok cam ner dorang pasang kabinet2 ni...
Proses menyusun & mencantumkan kabinet

Interior designer sdg memberi arahan

Kabinet2 yg telah siap disusun.
Tokey ni senyum sbb jap lg nk dpt duit.

Final Touch...
Ni ler rupa kabinet yg hampir siap..Wardrobe wt Anti Jump Sliding Door

Masa yang diambil :

Untuk Mengukur : 30min

Penyediaan bahan2 dan pembuatan : 2~3 minggu

Permasangan : 4~5 Jam.


Nota : Juga tertakluk kepada wang didlm saku anda utk mempercepatkan proses

Thursday, April 23, 2009

ZOOMMM - S.A.B.A.H lagi

Sambungan dari ZOOMMM-S.A.B.A.H

Setelah kepenatan berposing & merayau2 di Pulau manukan, Kul 1pm kami call tokey bot untuk pulang ke daratan. Bot cuma ada kul 2pm-sepatutnya kami balik kul 3pm. Semasa menunggu bot spai -bermain2 gan ikan kt jetty. Ikan2 tu lapar kot spai kaki aku pun digigit.

Dlm perjlnan pulang hujan lebat, langit gelap & bot melambung2 dipukul ombak, melompat2 kami dlm bot tu ..mat2 & minah salleh seronot kan main. Aku jer yg pucat lesi... fuh ngeri aku time tu.

Kul 2.30pm spai kt Jetty. Ingat nak mkn kt Restoran Kampung Nelayan. Rupa2nya lunch spai kul 2pm je. Pukul 6pm baru buka utk dinner. So, aku berposing je ler kt sini...Kesudahannya kami makan kt Halimah Nasi Kandar.

Masjid Negeri, KK


Sambung melepak...... Tanjung Aru



...sambil menikmati Kepak Ayam Bakar (kt sana depa panggil S.A.Y.A.P), air kelapa dan jagung manis yg sgt manis (i miss jagung yg enak itew..)

07/04/2009 Menghabiskan hari2 terakhir di KK.

Yayasan Sabah
The Water Front

Lok Kawi Wildlife Park
Tempat2 Wajib g utk mengabihkan duit......


Minum air kelapa kt sini...RM2.50/biji



Tempat Barang2 kering..ikan, udang, sotong dll kena pandai tawar menawar

Mcm2 ada.....T' Shirt, Mutiara, Kristal dll....tempat paling best utk dikunjungi klu dorang bukak 24jam cam 7-11 lg best. Kt sini kena survey 2,3 kedai dulu seblm beli...klu x alamat kena kapak ler.

Ada 1 lg kedai tp lupa nk snap gambar...tempat beli udang,ikan, lobster frozen..SAPMA

Balik dr Lok kawi Wildlife park..sempat singgah Monsopiad Cultural Village..tp kt luar je sbb tiket mahal sgt. Lunch kt Tanjung Aru & tapau jagung manis.

4.30pm bergerak ke KKIA. Flight kul 5.10pm.

SAYONARA KK.......

2H1M-Water Chalet,PD

11/04/2009 Bawa anak2 g jejln kt PD, almaklum le aku dah tinggalkan dorang masa g Sabah...Aku booking The Legend Water Chalet - Premium Tower Chalet...Kul 11.00am gerak dr umah aku target sampai sana dlm kul 12.30pm sbb nk lunch kt Restoren Kari Kepala Ikan kt simpang 4. Kul 12.30pm spai kat kedai tu kami mkn Kari Kepala Ikan 2 ketul + Sayur+Siput Sedut+4 Nasi+4 teh ais =RM19.

Call hotel ingat nak check in cepat tp bilik x ready lg..2pm baru ok. So, jejln kat PD Walk & D'Store. Aku mula rasa x selesa...badan rasa seram sejuk jer.
Masa aku shopg baju, anak dara 2 org ni jd part time model...

Kul 2pm g check in hotel. Hotel ni menghala ke Lukut, agak jauh dari bandar PD.(Aku turun exit Teluk Kemang).

Ni ler rupa bilik kami Swimming Pool. Snap dr bilik - Tingkat 10.

Dina & Baby sedang melukis. Ikhwan & Ammar assemble Bdaman yg dorang beli kt PD Walk.

Photo2 ni suma Hb yg snap...sbb Aku...Kedemaman & ketiduran (tetiba jer demam mengejut).

Lepas Maghrib badan rasa ok sikit...kami g pasar malam kat petronas-beli jagung jer. Lepas tu g mkn mlm kat Nasreen Seafood. Dinner : Ikan Kembung Bakar + Siakap Goreng Halia + Sayur + Ketam Goreng Berlada + 6 nasi + 6 air Buah = RM82. Sedap hingga menjilat jari..

Balik hotel lepak kat balkoni spai kul 12am layan hotel sebelah (Glory Beach Resort) berkaroake sambil mkn jagung pasar mlm.

12/04/2009 Selepas sarapan layan kanak2 riang ni mandi-manda, main &

Berjakuzi.......


Klu nak tau ni la tempayan, Pesanan Penaja "Sebelum berjakuzi sila basuh kaki dulu"

Demam sudah.......

Edisi pergambaran bermula...

Kul 12pm check out...bye2 Water Chalet..Ada duit lebih jumpa lg. Sebelum pulang kami Lunch kat Kopitiam Station, PD Walk - Chicken Chop Set (3 X RM9.90).

Otw balik suhu bdn Ammar sangatpanas..Bawa g Klinik kt Shah Alam. Doktor check suhu 39C- Confirm Demam panas & dapat MC 2 Hari.

Home Sweet Home...hujan dr ptg sampai ke mlm.

Friday, April 10, 2009

ZOOMMMM- S.A.B.A.H

Lambat sikit nak update entry ni....Hari ni barulah dapat peluang nak update ttg percutian aku ke Sabah sempena meraikan ulangthn perkahwinan aku kali yg ke 12...(dah lama gak aku kawen ekk).

04/04/2009 - Seawal 8am aku & Hb dah melepak kt LCCT. depart kul 10.30am. Saje je kuar awal takut baby terjaga & melalak nk ikut..2jam kebosanan dlm flight. Kami spai KKIA-Terminal 2 kul 12.40pm. Telepon keta sewa...dlm pukul 1pm keta sewa spai.. tapi aku terpaksa kensel kete ni sebab byk sgt hidden charges yg x diberitahu masa booking...Nasihat aku bila nk booking kereta sewa kat KK ni kena tanya suma procedures dorang klu tak kena kapak ler jawapnyer.

Kat sini kereta sewa mahal klu nak compare gan Langkawi - Wira/Myvi (RM120~150/day).Klu amik pemandu tambah RM100~150. Mujur aku ada bw list kereta sewa so aku call suma contact yg aku ada... suma yg aku call kata kereta tak de ari tu, berpeluh aku... yg ada cuma 4x4 yang berharga RM200/day. Aku ajak Hb naik shuttle je g KK tp Hb kurang setuju. Tiba2 1 msg masuk kata ada kancil. Mulanye Hb kurang setuju sbb kereta ni terlalu comel utk dia tp aku cakap dah x de pilihan.

Lebih kurang kul 3pm baru settle keta sewa. Maknanye 2jam aku tersadai kat KKIA. Dapat jer keta kami pun terus g bandar KK- 10min dr airport. Kami main redah jer berpandukan peta yg aku amik kt airport. Memula sekali cari tpt mkn...g kt pasar filipina. Makcik ni sedang susun ikan2 & udang2 yg baru di bakar. Kt sini suma bakar jer. Udang besar tu harganye dr RM10~30 ikut saiz. Ikan lak ikut jenis & saiz. Aku amik udang, sotong, ikan kembung & kerapu bakar- Bil RM35. Bila dah kenyang pusing2 kt bandar KK. Lepas tu check in kt Tune Hotel. Bilik ok la utk kami berdua tapi agak jauh dr bandar KK .Sebelah IBorneo Mega Mall dan parking susah sikit. Malam pertama aku kena kapak...budak jaga parking tu cakap RM2 per entry so kami park la situ. Masa nak byr keesokkan pg nye. Kena bayar RM14. Rupa2nye kena kuar seblm kul 3am. Overnight charge lain (RM2/Hr).

Lepas Maghrib kami g Night Market kt Kampung Air..(pasar ni tiap2 mlm ada). 3/4 dr peniaga jual mutiara & kristal...sampai aku pun pening nk pilih, kiri kanan depan belakang suma mutiara & kristal. Harga murah sikit dr Pasar Kraftangan, kualiti sama jer kot tp kena belek2 sikit takut dorang campur gan manik biasa. Klu pandai tawar cam aku dapat ler murah sikit he he he. Kul 10pm balik hotel & beradu sbb esok plan nk g gunung & Hot Spring.

05/04/09 - Selepas bayar parking yg mahal kami memulakan perjlnan mencari Gunung Kinabalu. Call abg yg empunya kete sewa tya jln mana nk kami tuju. Dia kata ikut Tuaran, aku sebagai co-pilot yg berpegalaman membacakan laluan2 yg patut kami lalui.
Ni la rupa jambatan Tamparuli ..

Setelah 1.5jam kami sampai itupun dengan kelajuan 50~80km/j (keadaan kete x mengizinkan Hb membawa kete pd kelajuan max.). Perjlnan melalui Tuaran-Tamparuli-Ranau-Kundasang.
Ni pintu masuk ke Kinabalu Park. Klu x jumpa pintu ni maknanyer dah sesat la tu


Tiket masuk RM3 sorang. Valid utk suma Taman2 Kinabalu (Gunung Kinabalu, Poring, Mersilau dan apa tah lg aku dah lupa) selama 3 hari.(maksudnye klu aku g lg esok tak yah la beli tiket)

Rumah2 penduduk di Kundasang

Bila dah masuk area gunung mula terasa kesejukkan (cam kt genting masa thn 80an) Kabus tebal..gunung tak nampak. Lepak jap tunggu kelibat gunung tp hampa. Klu nk tengok gunung kena dtg awal pagi atau overnight kt sana. Teruskan perjlnan ke Poring Hot Spring. Spai kat Poring Hot Spring hujan lebat lak...lepak dlm kete tunggu hujan reda sikit.



Kami redah jer hujan sbb malas nk tunggu lama2 kt situ. Memula g Canopy Walk..Aku ingat dekat je, rupa2nye kena jungle trekking 500m sebelum jumpa canopy tu..(sesapa nk kurus aku cadangkan tempat ni, sure terbakar lemak2 suma) Edisi gayat bermula...bukan 1 canopy yg aku kena lalui tp 5. Laluan muat2 1 org jer dan max 6 org/canopy. Masa turn aku tu ada famili mat salleh kt depan aku anak dia suka melompat2, aku rasa cam nak baling je kepala dia suh jln elok2.. (ni la rupa canopy tu...aku curi photo ni dr blog org..kepada tuannyer blog..sori ekk)

Akhirnya aku berjaya melepasi kelima2 canopy tu dan meyambung 500m lg jungle trekking utk turun kebawah (Total Jungle Trekking 1km=1jam). Hilangkan penat kat Hot Spring - Tengok gelagat orang mandi air panas.


Lepas tu kami meneruskan perjlnan ke Ladang Teh Sabah. Tempatnya lebih kurang cam Cameron Highland.
Kami kena keluar awal sebab takut kabus tebal lg pun keadaan keta tak mengizinkan utk dipandu laju. Dalam perjlnan balik tiba2 aku terlihat....

Gunung Kinabalu yg kami cari tiba2 muncul ...

Berhenti & berposing jap...masa ni aku mengigil2 kesejukkan (Kan aku dah kata kancil ni terlalu comel utk my Hb)

Pukul 8pm sampai di KK. Memusing2 cari Restoran Gayang. Agak2 dah sesat baru tanya org. Ada sorang mamat sukarela jd pemandu pelancong. Bila spai kt situ, Hb dah cuak..halal ker ni...walaupun kami penat mencari restoran ni tp tak jd makan kat situ. Malam tu kami makan malam kat Anjung Selera - Tanjung Lipat Corner. Lepas mkn balik hotel & beradu.....malam ni dan seterusnya parking kete kat tepi jln jer...

06/04/09 - Pagi ni plan nak ke pulau...

Ni la rupanyer Jeseltton Jetty.

Aku & Hb beli tiket RM35 sorang untuk pergi ke 3 pulau-Pulau Sapi, Mamutik & Manukan. Kita kena bagitau pd pemandu bot pukul berapa nak keluar dr pulau2 tersebut. Mula2 aku g Pulau Sapi (9am~10.30am). Tempat ni memang cantik. Aku terkedu sekejap dgn keindahan ciptaan Allah s.w.t. Aku rasa cam duk kt atas akuarium. Pemandu suruh kitaorg snorkelling tp aku tak sewa alat2annyer.

Pukul 10.30am bot datang ambil kami utk dihantar ke Pulau Mamutik (10.40~11.30am).Lepas tu ke Pulau Manukan (11.30am~2pm).

Hanya gambar yg dpt menceritakan keindahannya.....








Bersambung .....

Mamat Sengal

Apasal la aku 1 flight gan mamat ni.....
Apasal la dia tak naik flight lain...
Apasal la dia pandai naik kapal terobang...
Dah la bau badan dia satu macam...buat aku pening
duk depan aku lak tu..
Kenapa aku bengang sangat kt mamat ni..
sbb dia boleh buat derkkk jer bila suh off hp masa nk landing.
Dah la cuaca ari tu tak baik..sepjg perjlnan hujan.
Bila flight attdance dtg sound, dia off.
bila dorang blah, dia on semula
TARA SEKOLAH PUNYA ORG.
Rasa cam nak campak jer kt luar
biar dia bersembang puas2 gan hp kt atas awan sesorang.
Sebab dia memang SENGAL.

Wednesday, April 8, 2009

Letih....

Aku dah pulang dari bercuti, S.A.B.A.H-Negeri di bawah bayu....
penat tapi menyeronokkan. Esok je ler citer panjang2.
Gudnite...