Aku, Dia & Cintakami

Wednesday, January 28, 2009

Sehari Di Kalumpang

Mesti korang teruja tengok ketenangan & kejernihan air kt sini kan...tempat ni memang cantik & masih terpelihara....Nama Tempat ni Kalumpang Resort & Training Centre, Tg Malim. Agak ke dlm skit dr hway & jalan pun x berapa elok (tak sesuai utk kete lowered).

Masa aku g tu air sungai agak deras sbb malam sebelum tu hujan lebat. Air memang sejuk giler..

Antara chalet2 yang disediakan.............Ni lak Khemah2 yg aku sediakan he.. he.. he


Ammar & Ikhwan mkn tghari sambil menikmati keindahan alam....


Tempat ni memang sesuai untuk beriadah dan menenangkan fikiran gan family...

I, Me & Myself.....



Tuesday, January 27, 2009

3H2M...Penang

Taun ni aku celebrate besday aku kt Penang. Memula plan nak g Perak je..ada urusan sikit. Alang2 dah sampai perak aku ajak hubby lepak kt penang. Spai kt Kuala Kurau kul 12pm ingatkan nak lepak kt sana spai petang ( nak makan chaw kway Teow kt parit buntar) tp di sbb kan alasan2 yg tak dapat dielakkan terpaksa masuk penang jam 3pm. Mujur jambatan tak jem sangat. Check in hotel & lepak. Kami duk kt CITITEL Georgetown. Ok gak hotel ni, tempat makan byk (restoren nasi kandar 24hrs), shopping senang (Chowrasta,little penang, mydin, perangin mall, pacific).. jalan kaki jer..

25 Jan...Naik Bukit bendera...First time naik...gayat gak.

Sesi pengambaran b4 naik train..kena tunggu 1 1/2jam.. masak!

Dina tak sihat...demam & muntah2 (dalam train pun dia muntah & kena kaki mamat bangla...)

Pengambaran di Toy museum (Dina dikecualikan diatas sbb2 kesihatan).

G Padang Kota Lama pekena Pasembor & char Kway Teow.....(gambar x de sbb dah lapar sangat lupa nak snap). Malam kita org merayau kt Night Market Batu Feringgi...Fuh rambang mata pilih barang...(pun lupa nak snap gambar sbb dah rambang mata). Kat sini klu korang dtg pakai brg2 branded org x pandang sbb brg2 cam beg, jam, kasut branded jual lelong jer....brg2 imitation kt sini kualiti dia baik sikit dr siam nyer..klu x tgk betul2 mesti ingat ori & harga ada yg ratus2. Apa yg aku beli kt sini cuma sticker barbie & ben10 jer.. (tu pun sbb baby dah buat aksi ala2 kena sawan kt depan tokey kedai tu)

26 Jan - Final shopping ahaks.... Round 1 Penang. Ingat nak pekena durian balik pulau...tanya apek tu RM20/kilo, kensel....Kul 4pm kuar dr Penang by Ferry. Anak aku sempat snap gambar gerhana matahari kt penang.....dlm kul 5.00pm++.

I,me & Myself....


Saturday, January 10, 2009

JJCM Part 1

Mencurah2 lak idea aku ari ni....

Al-maklum la keje2 dobi & ironing aku dah serahkan pd asst baru aku iaitu 'ALAMSARI DOBI'. Aku dah tak larat nak buat keje tu-naik muscle aku tiap2 minggu iron 40psg baju.

JJCM-Singkatan utk Jln2 Cari Mkn (dah tau korang tau..) (Aku letak part kt belakang tu sbb aku ada byk lg restoren2 yg nak update kt sini) Aku nak kongsi restoren yg aku suka g mkn...area Batu Belah,Klang. AFNAN TOMYAM & WESTERN FOOD

Signboard restoren

Psekitaran restoren tersebut..makan bersila...ala2 kt kampung


Lauk2 yg aku order...


Ikut lwn jam :Ikan Siakap Grg Halia, Sotong grg kunyit, Kangkung grg, telur bistik, sup ekor & sambal belacan+timun(free)


Ikan Siakap Goreng Halia kt sini memang best

Kpd tuan punye restoren...maaf sbb ambil gambar tanpa kebenaran.

Ralat :Kualiti gambar kurang memuas sbb mgunakan hp ber'pixel' rendah.

Friday, January 9, 2009

Dina oh Dina...

Sori lambat sikit nak update.... ke'bz' an terlampau...
Taun ni Dina tahun 1. Dah besar anak dara Ibu...(dlm hati...makin tua Ibu)

Dina excited nak g sekolah.....


Di perbarisan, murid2 di depan...ibubapa murid2 dibelakang. Yg paling tinggi tu Dina, Dia telah mewarisi ketinggian aku..& senang sikit korang nak cari diakan. (Nota : Jgn cari...aku tiada didlm photo)


Photo keseluruhan tahun 1, 2009...total 13 kelas.
Nota Akhir : Kalu korang nak tau aku lupa nak g confirm dina sekolah (dah daftar 4 tahun lepas tp tak buat confirmation) Nasib baik jiran aku ingatkan. Last minute aku g confirmkan nama dia.(Walaupun dah daftar tp tak buat confirmation nama tak masuk dalam senarai...) dan syukur dia masih boleh bersekolah di Sekolah FASA 2. (Photo2 ni aku ambil masa hari orientasi)

Cendawan......

Ari ni aku nak cite ttg cendawan. Korang pernah tengok tak cendawan ni? Kalu kt kg aku diorg panggil cendawan busut...biasanyer cendawan ni tumbuh kat busut2 selepas ujan. Dulu masa aku kecik2 byk sgt (kutip belakang umah jer) tp la ni punya la susah nak dapat. Semasa aku balik keje aku nampak ada org jual kt tepi jln. Harganya RM15/kil0 kalu pilih RM18/kilo. Disebabkan aku suka ...hubby beli 1 kilo.
Ni ler rupaparas cendawan seblm diproses.
Selepas diproses

Sedia utk dibedal.....yumm yumm

Nak masak cendawan ni tak leh main2 sbb mak aku kata kalu tak betul2 masak boleh keracunan. Setakat ni aku masak ok ler kot sbb tak de lg yg keracunan..he..he...dan yg paling penting kenal pasti cendawan yg ingin anda masak.

Nota terselit : Jenis masakan-Cendawan goreng blackpepper.