Pernah dengar tak tentang pembedahan laser kornea ni. Kalu nk tau aku dulu pakai cermin mata sejak form 4 kalu tak silap. Aku rabun jauh tp masa tu tak teruk sangat kerabunanku..bila dah keje & ari2 mengadap komputer makin lama tahap kerabunanku bertambah teruk. Masa tu kalu orang senyum jarak 5m pun aku buat derk jer sbb tak nampak.
Aku lak tak suka pakai spek sbb rimas jd aku pakai kanta sesentuh. Bila dah kawen & ada anak byk aktiviti yg kena buat pagi2 seblm g keje jd terpaksa la aku pakai spek. Hb tak suka aku pakai spek..aku lg ler tak suka tp dah rabun nk wat cam ner kan.
Satu ari tu aku terbaca email dr member ttg pembedahan laser (LASIK). Aku teruja jap. Aku nk buat tp takut (takut terus tak nampak he..3x). Aku g promote kt member2 yg rabun termsuk adik aku sendrik. Dorang suma termkn hasutan aku (ha..3x). Aku flw up dorangnyer condition selama 6 bln baru aku berani utk buat kat mata aku (sebenarnyer masih takut).
Aku g buat pemeriksaan mata kt OPTIMAX dan lulus suma ujian (bukan sume org boleh lulus ujian ni) Pd ari pembedahan tu tersgt ler takutnyer sampai muka pucat lesi. Dr siap ckp jgn takut kejap jer, pembedahan tu mmg sekjp, 15~20min jer kot. Keesokkan hari selepas menjalani pembedahan tu aku memang sangat teruja...terang ker gelap pandangan aku. Alhamdulillah... pandanganku cerah secerahnyer. Sejak 2006 penglihatan aku dah pulih..aku tak perlu lg berkaca mata @ berkanta sesentuh. Sejak dr tu jugak aku jd pencinta lobak merah...aku nak jaga mata, tak nak rabun lg...
Kepada sapa yg nk buat LASIK ni aku alu-alukan..memang berbaloi. Aku dulu buat kat OPTIMAX dgn Dr Azlina masa tu kos dlm RM3k.
Untuk lebih lanjut sila baca artikel ni..
Teknik pembedahan laser kornea -Oleh Hafizah Iszahanid
Lasik popular dan menjadi pilihan ramai kerana penglihatan cepat pulih dengan sedikit kesan sampingan
LASIK (laser assisted in situ keratomileusis) adalah teknik pembedahan laser, iaitu satu lagi alternatif untuk memulihkan penglihatan. Pembedahan lasik memang popular dan menjadi pilihan ramai kerana menggabungkan laser untuk menukar lengkung kornea, selain cepat pulih dengan sedikit kesan sampingan dan komplikasi.
“Umumnya, ada dua teknik flap kornea dibuat iaitu disebut sebagai microkeratome - pisau kecil yang digunakan untuk memotong kornea atau menggunakan laser femtosecond - teknik tanpa pisau, hanya laser bagi menghasilkan tenaga dalam kornea dan memisahkan lapisannya
Dalam teknik microkeratome, sedikit tisu di bawah kornea dibuang menggunakan laser excimer - iaitu sejenis laser yang menggunakan cahaya ultra ungu untuk membuang dan membentuk tisu kornea.
Apabila kornea dibentuk semula, ia mampu memfokus cahaya ke dalam mata dan retina sekali gus memberi penglihatan yang jelas. Flap kornea akan diletakkan ke tempatnya untuk menutup kawasan tisu kornea yang dibuang.
Dalam teknik laser femtosecond pula, flap kornea dihasilkan dengan panahan laser berpandukan komputer. Sinar laser akan bergerak di kornea, menghasilkan lapisan buih nipis di laluannya. Bagaimanapun, buih itu cepat hilang dan tisu di bawah buih membentuk flap kornea yang mudah dimanipulasikan oleh pakar bedah.
Prof Muhaya berkata, selalunya dalam pembedahan lasik, kornea akan ditekan untuk membentuk flap kornea yang rata, tapi laser femtosecond menghasilkan flap kornea yang rata dan mendatar tanpa ditekan.
“Prosedur ini tidak menyakitkan. Ia lembut dan seakan-akan anda memakai kanta lekap yang lembut. Ia prosedur lengkap sebab flap kornea dan pembedahan lasik dibuat pada satu langkah. Berbanding prosedur lain, flap kornea akan dihasilkan di mesin yang lain sebelum pesakit dipakaikan dengan flap kornea baru,” katanya. Di Malaysia, teknologi lasik dengan teknik femtosecond boleh didapati di Pusat Perubatan Prince Court.
Menggunakan VisuMax Femtosecond Laser
Sistem laser ini memungkinkan pakar bedah menghasilkan ukuran flap kornea yang tepat ketika pembedahan membetulkan penglihatan.
Istimewanya VisuMax Femtosecond berupaya menghasilkan flap kornea yang nipis hingga membolehkan pesakit yang dulunya tidak layak untuk menjalani prosedur lasik disebabkan masalah kornea mata semula jadi yang nipis kini boleh melakukannya.
Prosedur lasik mengambil masa antara 10 hingga 15 minit untuk kedua-dua mata manakala kesannya bersifat kekal.
Lasik tidak disarankan kepada kanak-kanak. Bukan semua orang boleh melakukan pembedahan lasik. Justeru, jika anda ingin memilih lasik bagi memperbaiki penglihatan anda, pastikan anda melakukan pemeriksaan kesihatan terlebih dahulu.
Siapa yang tidak boleh melakukan lasik?
1) Mereka yang berhadapan dengan masalah auto imun, reumatoid arthritis, lupus atau Aids.
2) Hamil atau menyusukan anak yang boleh menyebabkan perubahan kornea mata untuk jangka masa pendek
3) Berhadapan dengan masalah kornea yang nipis seperti keratoconus yang boleh menyebabkan masalah serius ketika dan selepas lasik.
4) Mereka yang mengambil ubat-ubatan yang memberi kesan pada mata seperti ubat-ubatan merawat jerawat atau menstabilkan ritma jantung.
INFO: Lasik
Teknik lasik dirintis pakar mata Colombia tetapi berpangkalan di Sepanyol - Jose Barraquer pada 1950. Barraquer merintis prosedur awal micokeratome menggunakan flap kornea nipis dan membentuknya semula. Prosedur itu dikenali sebagai keratomileusis.
owh.. akak ade wat lasik ek..
ReplyDeletennt laa.. ade terpikir nk wat jugak.. simpan ongkosnya dulu yok!
=P
Dulu leh kuar duit KWSP. Tp masa akak buat dah dimansuhkan sbb ramai sgt yg menyalah gunakan duit tu.
ReplyDeleteBuat lasik di excelview midvalley.
ReplyDeleteNamun pandangan terganggu dgn kedan sampingan seperti haloes, menyebabkan kekaburan. Pandangan mlm terjejas teruk