Daisypath Anniversary Years Ticker

Aku, Dia & Cintakami

Monday, May 25, 2009

Edisi Makan2

Semlm 24 May 2009 genap umur abang (Ikhwan Hariz) 11 tahun...pejam celik 2x tak sedar cepat tul masa berlalu. Selalunyer kami celebrate gan KFC & Kek jer tp taun ni dia beria2 suh aku buat party. Aku pun layan jer ler...

Korang layan jer ler photo2 kt sini...



kehadiran para tetamu
Edisi bakar membakar & mencemarkan alam sekitar

Bergumbira dgn hadiah yg diterima....

Saturday, May 23, 2009

Sapa yg Rabun Sila Baca..

Pernah dengar tak tentang pembedahan laser kornea ni. Kalu nk tau aku dulu pakai cermin mata sejak form 4 kalu tak silap. Aku rabun jauh tp masa tu tak teruk sangat kerabunanku..bila dah keje & ari2 mengadap komputer makin lama tahap kerabunanku bertambah teruk. Masa tu kalu orang senyum jarak 5m pun aku buat derk jer sbb tak nampak.

Aku lak tak suka pakai spek sbb rimas jd aku pakai kanta sesentuh. Bila dah kawen & ada anak byk aktiviti yg kena buat pagi2 seblm g keje jd terpaksa la aku pakai spek. Hb tak suka aku pakai spek..aku lg ler tak suka tp dah rabun nk wat cam ner kan.

Satu ari tu aku terbaca email dr member ttg pembedahan laser (LASIK). Aku teruja jap. Aku nk buat tp takut (takut terus tak nampak he..3x). Aku g promote kt member2 yg rabun termsuk adik aku sendrik. Dorang suma termkn hasutan aku (ha..3x). Aku flw up dorangnyer condition selama 6 bln baru aku berani utk buat kat mata aku (sebenarnyer masih takut).

Aku g buat pemeriksaan mata kt OPTIMAX dan lulus suma ujian (bukan sume org boleh lulus ujian ni) Pd ari pembedahan tu tersgt ler takutnyer sampai muka pucat lesi. Dr siap ckp jgn takut kejap jer, pembedahan tu mmg sekjp, 15~20min jer kot. Keesokkan hari selepas menjalani pembedahan tu aku memang sangat teruja...terang ker gelap pandangan aku. Alhamdulillah... pandanganku cerah secerahnyer. Sejak 2006 penglihatan aku dah pulih..aku tak perlu lg berkaca mata @ berkanta sesentuh. Sejak dr tu jugak aku jd pencinta lobak merah...aku nak jaga mata, tak nak rabun lg...

Kepada sapa yg nk buat LASIK ni aku alu-alukan..memang berbaloi. Aku dulu buat kat OPTIMAX dgn Dr Azlina masa tu kos dlm RM3k.
Untuk lebih lanjut sila baca artikel ni..
Teknik pembedahan laser kornea -Oleh Hafizah Iszahanid


Lasik popular dan menjadi pilihan ramai kerana penglihatan cepat pulih dengan sedikit kesan sampingan

LASIK (laser assisted in situ keratomileusis) adalah teknik pembedahan laser, iaitu satu lagi alternatif untuk memulihkan penglihatan. Pembedahan lasik memang popular dan menjadi pilihan ramai kerana menggabungkan laser untuk menukar lengkung kornea, selain cepat pulih dengan sedikit kesan sampingan dan komplikasi.

“Umumnya, ada dua teknik flap kornea dibuat iaitu disebut sebagai microkeratome - pisau kecil yang digunakan untuk memotong kornea atau menggunakan laser femtosecond - teknik tanpa pisau, hanya laser bagi menghasilkan tenaga dalam kornea dan memisahkan lapisannya

Dalam teknik microkeratome, sedikit tisu di bawah kornea dibuang menggunakan laser excimer - iaitu sejenis laser yang menggunakan cahaya ultra ungu untuk membuang dan membentuk tisu kornea.

Apabila kornea dibentuk semula, ia mampu memfokus cahaya ke dalam mata dan retina sekali gus memberi penglihatan yang jelas. Flap kornea akan diletakkan ke tempatnya untuk menutup kawasan tisu kornea yang dibuang.

Dalam teknik laser femtosecond pula, flap kornea dihasilkan dengan panahan laser berpandukan komputer. Sinar laser akan bergerak di kornea, menghasilkan lapisan buih nipis di laluannya. Bagaimanapun, buih itu cepat hilang dan tisu di bawah buih membentuk flap kornea yang mudah dimanipulasikan oleh pakar bedah.

Prof Muhaya berkata, selalunya dalam pembedahan lasik, kornea akan ditekan untuk membentuk flap kornea yang rata, tapi laser femtosecond menghasilkan flap kornea yang rata dan mendatar tanpa ditekan.

“Prosedur ini tidak menyakitkan. Ia lembut dan seakan-akan anda memakai kanta lekap yang lembut. Ia prosedur lengkap sebab flap kornea dan pembedahan lasik dibuat pada satu langkah. Berbanding prosedur lain, flap kornea akan dihasilkan di mesin yang lain sebelum pesakit dipakaikan dengan flap kornea baru,” katanya. Di Malaysia, teknologi lasik dengan teknik femtosecond boleh didapati di Pusat Perubatan Prince Court.

Menggunakan VisuMax Femtosecond Laser

Sistem laser ini memungkinkan pakar bedah menghasilkan ukuran flap kornea yang tepat ketika pembedahan membetulkan penglihatan.

Istimewanya VisuMax Femtosecond berupaya menghasilkan flap kornea yang nipis hingga membolehkan pesakit yang dulunya tidak layak untuk menjalani prosedur lasik disebabkan masalah kornea mata semula jadi yang nipis kini boleh melakukannya.

Prosedur lasik mengambil masa antara 10 hingga 15 minit untuk kedua-dua mata manakala kesannya bersifat kekal.

Lasik tidak disarankan kepada kanak-kanak. Bukan semua orang boleh melakukan pembedahan lasik. Justeru, jika anda ingin memilih lasik bagi memperbaiki penglihatan anda, pastikan anda melakukan pemeriksaan kesihatan terlebih dahulu.

Siapa yang tidak boleh melakukan lasik?

1) Mereka yang berhadapan dengan masalah auto imun, reumatoid arthritis, lupus atau Aids.

2) Hamil atau menyusukan anak yang boleh menyebabkan perubahan kornea mata untuk jangka masa pendek

3) Berhadapan dengan masalah kornea yang nipis seperti keratoconus yang boleh menyebabkan masalah serius ketika dan selepas lasik.

4) Mereka yang mengambil ubat-ubatan yang memberi kesan pada mata seperti ubat-ubatan merawat jerawat atau menstabilkan ritma jantung.

INFO: Lasik

Teknik lasik dirintis pakar mata Colombia tetapi berpangkalan di Sepanyol - Jose Barraquer pada 1950. Barraquer merintis prosedur awal micokeratome menggunakan flap kornea nipis dan membentuknya semula. Prosedur itu dikenali sebagai keratomileusis.

Saturday, May 9, 2009

Memo Hari Ibu....

Nak promote blog baru he..x3.
Sila ler klik kat SINI.
Meh la tengok ajak kengkawan & sanak Sedara.

Friday, May 8, 2009

Nak berkenalan..????

Nama : Amira Hanin
Nama Glamer : Baby
TL : 01/11/2004
Tahap Pelajaran : Tadika 5thn

Berusia 1thn 4bln ketika gambar2 ni ditangkap




Aku jumpa gambar2 ni masa wat housekpg docs & folders...ada byk lg gambar yg bakal menyusul...

Selamat Hari Ibu....

Kepada suma yg mempunyai anak tak kira ler anak kandung ker, anak tiri, anak angkat, Anak asuhan, Anak suruhan dan lain2 anak (anak tekak & anak mata tak termasuk ekk) Aku gan rasa rendah diri mengucapkan Selamat Hari Ibu...Semoga anda suma tabah menghadapi segala ujian sebagai seorg ibu.

Meh kita preview apa hadiah taun ni dr anak2 cumilku itew....Jeng..x3

Ni Abg Ikhwan nyer
Dr Ammar
Dinanyer...boleh tersilap bg kt Ayah dia..hu.3
Baby punye - Ni hadiah tangkap muat..apa yg ada atas meja main balut jer.. janji bg hadiah
Hadiah dr Abg Ikhwan & Ammar setelah dibuka.
So, taun ni aku dpt 4 hadiah sempena ari ibu...yeeeee happy sgt!
Ibu Love U All suma....muahhhhh

Thursday, May 7, 2009

Baby...dulu2

Masa aku buat hse keeping folder2 kt PC ni, aku terjumpa video baby masa kt Masjid Putrajaya. Aku tergolek2 gelak bila tgk gelagat baby kt video ni...

Korang tengok ler akai dia....

Umur baby masa ni lebih kurang 1thn+++ ...

Sakan main bedak..habis muka & pokok2 aku dibedaknyer....

Tuesday, May 5, 2009

Tag :ScreenSaver

Mama damia suda tag sama ceq...(cik Jeela hang yer tag ceq hold dulu noo..pjg sgt 3h3m tak abis nk buat tu he3)

Tag berbunyi:-
Anda perlu printscreen wallpaper di desktop anda yg sedang anda gunakan sekarang. Jangan tukar tau.

Ni ler rupanyer...gambar keluarga bahagia cik Herol....

Bgtau kenapa anda suka walpaper ini :-

Sbb suma ahli keluargaku ada dlm gambar ni (gambar ni diambil beberapa minit selepas salam keruk ari raya puasa taun 2008...baby sdg memperagakan angpow yg dia baru paw dr tok wan)...Gambar kt screen saver ku ini sentiasa bertukar2..paling lama bertahan pun 1 bulan jer...

Sila tag 10 orang :-
Suma yg ada kt blog list ceq tu..apa??!! tak cukup 10 org..korang yg baca ni pun leh buat bg cukup 10....

Saturday, May 2, 2009

Pagi Ahad yg Indah

Aktiviti pagi ini ialah melayan 2 gadis cilik bermandi mandi didlm kolam comel di dpn umah...



Bila aku tanya nape pakai baju...gadis2 cilik ini m'jwp tutup aurat la bu...(bhg atas jer ler...bhg bwh 18sx).

Ammar menjd life guard cum security guard ditepi kolam bg memastikan keselamatan adik2nye itew & agar suma benda di sekitarnye selamat dr dimandikan....