Lambat sikit nak update entry ni....Hari ni barulah dapat peluang nak update ttg percutian aku ke Sabah sempena meraikan ulangthn perkahwinan aku kali yg ke 12...(dah lama gak aku kawen ekk).
04/04/2009 - Seawal 8am aku & Hb dah melepak kt LCCT. depart kul 10.30am. Saje je kuar awal takut baby terjaga & melalak nk ikut..2jam kebosanan dlm flight. Kami spai KKIA-Terminal 2 kul 12.40pm. Telepon keta sewa...dlm pukul 1pm keta sewa spai.. tapi aku terpaksa kensel kete ni sebab byk sgt hidden charges yg x diberitahu masa booking...Nasihat aku bila nk booking kereta sewa kat KK ni kena tanya suma procedures dorang klu tak kena kapak ler jawapnyer.
Kat sini kereta sewa mahal klu nak compare gan Langkawi - Wira/Myvi (RM120~150/day).Klu amik pemandu tambah RM100~150. Mujur aku ada bw list kereta sewa so aku call suma contact yg aku ada... suma yg aku call kata kereta tak de ari tu, berpeluh aku... yg ada cuma 4x4 yang berharga RM200/day. Aku ajak Hb naik shuttle je g KK tp Hb kurang setuju. Tiba2 1 msg masuk kata ada kancil. Mulanye Hb kurang setuju sbb kereta ni terlalu comel utk dia tp aku cakap dah x de pilihan.
Lebih kurang kul 3pm baru settle keta sewa. Maknanye 2jam aku tersadai kat KKIA. Dapat jer keta kami pun terus g bandar KK- 10min dr airport. Kami main redah jer berpandukan peta yg aku amik kt airport. Memula sekali cari tpt mkn...g kt pasar filipina.
Makcik ni sedang susun ikan2 & udang2 yg baru di bakar. Kt sini suma bakar jer. Udang besar tu harganye dr RM10~30 ikut saiz. Ikan lak ikut jenis & saiz. Aku amik udang, sotong, ikan kembung & kerapu bakar- Bil RM35. Bila dah kenyang pusing2 kt bandar KK. Lepas tu check in kt Tune Hotel.
Bilik ok la utk kami berdua tapi agak jauh dr bandar KK .Sebelah IBorneo Mega Mall dan parking susah sikit. Malam pertama aku kena kapak...budak jaga parking tu cakap RM2 per entry so kami park la situ. Masa nak byr keesokkan pg nye. Kena bayar RM14. Rupa2nye kena kuar seblm kul 3am. Overnight charge lain (RM2/Hr).
Lepas Maghrib kami g Night Market kt Kampung Air..(pasar ni tiap2 mlm ada). 3/4 dr peniaga jual mutiara & kristal...sampai aku pun pening nk pilih, kiri kanan depan belakang suma mutiara & kristal. Harga murah sikit dr Pasar Kraftangan, kualiti sama jer kot tp kena belek2 sikit takut dorang campur gan manik biasa. Klu pandai tawar cam aku dapat ler murah sikit he he he. Kul 10pm balik hotel & beradu sbb esok plan nk g gunung & Hot Spring.
05/04/09 - Selepas bayar parking yg mahal kami memulakan perjlnan mencari Gunung Kinabalu. Call abg yg empunya kete sewa tya jln mana nk kami tuju. Dia kata ikut Tuaran, aku sebagai co-pilot yg berpegalaman membacakan laluan2 yg patut kami lalui.
Ni la rupa jambatan Tamparuli ..
Setelah 1.5jam kami sampai itupun dengan kelajuan 50~80km/j (keadaan kete x mengizinkan Hb membawa kete pd kelajuan max.). Perjlnan melalui Tuaran-Tamparuli-Ranau-Kundasang.
Ni pintu masuk ke Kinabalu Park. Klu x jumpa pintu ni maknanyer dah sesat la tu
Tiket masuk RM3 sorang. Valid utk suma Taman2 Kinabalu (Gunung Kinabalu, Poring, Mersilau dan apa tah lg aku dah lupa) selama 3 hari.(maksudnye klu aku g lg esok tak yah la beli tiket)
Rumah2 penduduk di Kundasang
Bila dah masuk area gunung mula terasa kesejukkan (cam kt genting masa thn 80an) Kabus tebal..gunung tak nampak. Lepak jap tunggu kelibat gunung tp hampa. Klu nk tengok gunung kena dtg awal pagi atau overnight kt sana. Teruskan perjlnan ke Poring Hot Spring. Spai kat Poring Hot Spring hujan lebat lak...lepak dlm kete tunggu hujan reda sikit.
Kami redah jer hujan sbb malas nk tunggu lama2 kt situ. Memula g Canopy Walk..Aku ingat dekat je, rupa2nye kena jungle trekking 500m sebelum jumpa canopy tu..(sesapa nk kurus aku cadangkan tempat ni, sure terbakar lemak2 suma) Edisi gayat bermula...bukan 1 canopy yg aku kena lalui tp 5. Laluan muat2 1 org jer dan max 6 org/canopy. Masa turn aku tu ada famili mat salleh kt depan aku anak dia suka melompat2, aku rasa cam nak baling je kepala dia suh jln elok2.. (ni la rupa canopy tu...aku curi photo ni dr blog org..kepada tuannyer blog..sori ekk)
Akhirnya aku berjaya melepasi kelima2 canopy tu dan meyambung 500m lg jungle trekking utk turun kebawah (Total Jungle Trekking 1km=1jam). Hilangkan penat kat Hot Spring - Tengok gelagat orang mandi air panas.
Lepas tu kami meneruskan perjlnan ke Ladang Teh Sabah. Tempatnya lebih kurang cam Cameron Highland.
Kami kena keluar awal sebab takut kabus tebal lg pun keadaan keta tak mengizinkan utk dipandu laju. Dalam perjlnan balik tiba2 aku terlihat....
Gunung Kinabalu yg kami cari tiba2 muncul ...
Berhenti & berposing jap...masa ni aku mengigil2 kesejukkan (Kan aku dah kata kancil ni terlalu comel utk my Hb)
Pukul 8pm sampai di KK. Memusing2 cari Restoran Gayang. Agak2 dah sesat baru tanya org. Ada sorang mamat sukarela jd pemandu pelancong. Bila spai kt situ, Hb dah cuak..halal ker ni...walaupun kami penat mencari restoran ni tp tak jd makan kat situ. Malam tu kami makan malam kat Anjung Selera - Tanjung Lipat Corner. Lepas mkn balik hotel & beradu.....malam ni dan seterusnya parking kete kat tepi jln jer...
06/04/09 - Pagi ni plan nak ke pulau...
Ni la rupanyer Jeseltton Jetty.
Aku & Hb beli tiket RM35 sorang untuk pergi ke 3 pulau-Pulau Sapi, Mamutik & Manukan. Kita kena bagitau pd pemandu bot pukul berapa nak keluar dr pulau2 tersebut. Mula2 aku g Pulau Sapi (9am~10.30am). Tempat ni memang cantik. Aku terkedu sekejap dgn keindahan ciptaan Allah s.w.t. Aku rasa cam duk kt atas akuarium. Pemandu suruh kitaorg snorkelling tp aku tak sewa alat2annyer.
Pukul 10.30am bot datang ambil kami utk dihantar ke Pulau Mamutik (10.40~11.30am).Lepas tu ke Pulau Manukan (11.30am~2pm).
Hanya gambar yg dpt menceritakan keindahannya.....
Bersambung .....
wah.. bestnya g jenjalan sabah... i miss those day there lah!! pasar kundasang, pulau sapi, manik2, kristal2, gelang, pasar gaya...
ReplyDeletekak, time kitorang g poring kan nak naik canopy walk tu hampeh tul. sampai atas, jambatannya runtuh la plak... so kena patah balik.. just amik gambo kt 1st check point ajer..
mesti bengang giler kan...dah la kena bertempur gan pacat nak naik ke atas tu..sabah mmg best..ingat taun dpn nak g lagi
ReplyDeletehuu.. bila laa dpt g sane..
ReplyDelete3OUs..Everyone Can Fly...
ReplyDelete