Thursday, October 22, 2009
Diet....
Dulu dia layan jer aku makan, Nasi lemak la, kfc la, McD la, Pizza la, Domino la, Nando la dan mcm2 lg. Spai bdn dia mendadak naik. Badan aku lak jenis susah nak naik.
Lepas bulan posa dia lancarkan program dietnyer...dia kata selg x kurus dia akan teruskan dietnya & nak tak nak aku pun terpaksa ikut dia diet...pg makan nestum & milo, tengahari makan buah dan mlm baru aku mkn nasi....kesian aku kan...(nak tunggu dia kurus alamat tinggal tulang la aku..huhhuhuhuh)
Monday, October 19, 2009
Kalau dah bukan rezeki....
Aku pun start ler berceramah sambil gugle tel no. lost & found counter. Tapi bila aku baca org lain punya masalah kt website tu, aku terus diam & insaf. Dorang ttgal laptop, hp, camera dll yg lebih bharga. Aku cuma tertinggal beg yg berisi 40btl blackpepper & 5 btl bbq sos dr Swak jer..tu pun nk kecoh.(Aku bising sbb brg2 tu nak buat sourvenir kt kwn2)
SMS Lala, bg tau beg aku t'tgal kt airport (flight dia lambat 1jm dr kami), dia ckp ada nampak beg tu kt atas troli tp x tau yg tu kami punya dan dia pun buat tak tau jer la..

Sunday, October 18, 2009
Trip Ke Kuching, S'wak
Trip 4H 3M dari 15 Oct~18 Oct 2009. Booking tiket ni dah lama...last year-masa airasia buat promotion ...Kami gi 4 family, aku, lala, yie & my parent.
Hari Ke-2 (16 Oct 2009)
Kami pindah ke Somerset Gateaway Apartment lak..2 hari duk kat sini.Masa aku dtg dulu pun duk kt sini gak. Hotel ni memang selesa tuk family. Ada kitchen (boleh masak pd yg rajin). Yg aku suka dia provide washer & dryer (so tak yah bw baju byk2)Lepas solat Jumaat kami G Santubong. Sepatutnya kami ada driver tp disaat2 akhir driver ada hal lain. So, aku terpaksa jd co-pilot secara tak rasmi. Berpandukan map yg x berapa complete kami redah jer p santubong. Kat sini jalan dia komplikated sikit. kalu silap masuk jln duk bpusing2 kat situ jer la. Nasib dpt co-pilot yg bijak...hehehehe.
Ni gambar gunung santubong yg aku sempat snap dari dlm kete.
Berposing depan Kampung Budaya SARAWAK...
Pantai Damai...walaupun dah setahun tapi masih x berubah tempat ni
Hari ke-3 (17 Oct 2009). Kami ke Serikin...berpandukan peta yg x complete & co-pilot yg bijak, kami berjaya sampai ke sana dlm kul 10.30pagi.Keadaan agak sesak compare gan masa aku g taun lepas. Dan harga brg pun dah boleh tahan mahal. Aku cuma shopping tikar & kain pasang indon kt sini. Gambar x snap sbb masing2 sibuk dok pilih brg.
Kul 2pm kami G Lunch kat Bau.Lepas tu terus balik Kuching. Sempat Singgah kat Muzium Kuching.Lepas tu merayau jap kat Pasar satok. Makan malam kat area Ariff Hotel. Kami cuba rasa Ayam penyetnya (nasi+ayam goreng+ulam). Makanan disini sedap dan harganya pun berpatutan.
Hari Ke-4 -hari terakhir(18 Oct 2009).Disebabkan semlm x sempat nk beli brg kat Satok sbb angin kuat & hujan. Kami terpaksa g lg. Beli Pua Kumbu & Terubok Masin.
Yie & family sedang shoping di satokLepas tu G merayau di Jalan India
& Main Bazaar. Cari kek lapis..klu nak yg fresh kena g kilang dia kat seberang sungai tp x leh tawar. Yg kat depan Bazaar ni kalau pandai tawar boleh dpt murah.
Tya org2 kat situ cam ner nk g seberang dgn kete. dorang suma x rekmen takut sesat. Dorang suh naik sampan jer. Kami pun g seberang naik sampan sbb nak cuba makan kat restoren payung. Aku cuba makan mee kolok...tp bukan taste aku kot...kurengggg. Ammar order kolok goreng...dia kata sedap sangat.
sebenarnya banyak gambar menarik kat sini...tempat ni memang cantik..tp aku malas nk dwload. 4 ari kat sini aku & Hb dah mahir sikit gan selok belok jln kt sini. Pada sapa2 yg nk g Swak leh la booking kamek org jd Tourist Guide nya ..heheheh
Cite Raya yg dah basi

bergambar gan nenek, wan & family adik lelakiku, yie. Adik aku dah nak balik Banting.
Raya ke-3, Balik kg mak kepada mak aku lak (nenek aku daaa...)
yg paling tinggi tu adik aku, lala, bergambar gan mak sedara & cousin2 aku berlatar belakangkan umah peninggalan nenek aku...
Raya ke-4, G umah pakcik Hb. Berhampiran gan umah dia ada Titi Gantung
Ni geng penggembaraan yg telah berjaya melintasi titi gantung itew...
setakat ni jer la laporan raya utk taun 2009.
Thursday, September 24, 2009
Siap Sudah.....
Dina-Model langsir 2009
Wednesday, September 16, 2009
Checklist Raya
Baju raya
Suma dah settle
Tudung/songkok raya
Berehhh...
Kasut Raya
Pun dah settle
Kuih Raya
Dah settle gak
Balang kuih raya
Hb kata yg lama tu elok lg..basuh jer
Duit Raya
settle....sesapa nak duit raya datang ler umah
Perabut raya
budget x de nk tukar...tukar sarung Sofa jer.Ingat nak jahit sendrik...demam punya pasal..kain2 tu duk bertapa dlm beg plastik lg.Nampaknya lepas raya ler baru settle (susah2 htr kedai jer kan..kan)
Langsir Raya
Baru jahit separuh..alamak cam x sempat jer nak buat ni..
Walaupun masih ada yg belum settle...aku tetap akan beraya gan gumbira nyer lalalalala....
Sunday, September 6, 2009
17 Ramadhan Sudah.....
Persiapan raya...almost done. Cuma anak dara 2 org tu jer nak kasut tumit tinggi & tak jumpa yang bkenan dihati (hati ibu dorang ler..). Kuih raya cam taun2 lepas ler..tunjuk2 & bayar jer.
Taun ni raya kt kg Hb..Petang raya pertama baru balik kg aku lak..tiap2 taun cam tu ler rutin kami, cuma alternate raya kt mana dulu jer.Elok kawen 1 negeri ni..senang nak adjust tak yah gaduh2 nak balik raya. Abang aku lg best 1 kg ...errr melalut lak.
18hb company aku dah istihar cuti...maknanyer cuti raya aku dari 18hb ~ 27hb Sept...fuhyoo lama giler tu...jgn jeles yer kwn2. balik raya nti pulun ler buat keje sbb dah cuti lama.
Minggu ni keje 4 ari..minggu dpn pun keje 4 ari...pas tu cuti...HORREYYYY..