Daisypath Anniversary Years Ticker

Aku, Dia & Cintakami

Thursday, October 22, 2009

Diet....

Adoooiiiii...member sebelah meja aku start diet lak..bermaknanyer teman makan aku dah x de dan aku kena la mkn sorang2...mana selera nak mkn sorang2 kan.

Dulu dia layan jer aku makan, Nasi lemak la, kfc la, McD la, Pizza la, Domino la, Nando la dan mcm2 lg. Spai bdn dia mendadak naik. Badan aku lak jenis susah nak naik.

Lepas bulan posa dia lancarkan program dietnyer...dia kata selg x kurus dia akan teruskan dietnya & nak tak nak aku pun terpaksa ikut dia diet...pg makan nestum & milo, tengahari makan buah dan mlm baru aku mkn nasi....kesian aku kan...(nak tunggu dia kurus alamat tinggal tulang la aku..huhhuhuhuh)

Monday, October 19, 2009

Kalau dah bukan rezeki....

Bila sampai umah dlm kul 12am & baru perasan ada 1 beg x de, tya suma org (Hb & anak2 ler..) dorang cakap x tau. Call abang ipar suh check kat dlm kete (dia yg amik kami kat airport) pun x de.

Aku pun start ler berceramah sambil gugle tel no. lost & found counter. Tapi bila aku baca org lain punya masalah kt website tu, aku terus diam & insaf. Dorang ttgal laptop, hp, camera dll yg lebih bharga. Aku cuma tertinggal beg yg berisi 40btl blackpepper & 5 btl bbq sos dr Swak jer..tu pun nk kecoh.(Aku bising sbb brg2 tu nak buat sourvenir kt kwn2)

SMS Lala, bg tau beg aku t'tgal kt airport (flight dia lambat 1jm dr kami), dia ckp ada nampak beg tu kt atas troli tp x tau yg tu kami punya dan dia pun buat tak tau jer la..
Ni ler rupa beg tu...Tinggal Kenangan!!

Sunday, October 18, 2009

Trip Ke Kuching, S'wak

Aku baru balik dr S'wak semlm..flight kul 9pm dr Kuching. Spai LCCT kul 10.50pm.Disebabkan company aku bg cuti Deepavali dr 16~20 Oct, sempat ler aku hapdet trip aku ari ni...

Trip 4H 3M dari 15 Oct~18 Oct 2009. Booking tiket ni dah lama...last year-masa airasia buat promotion ...Kami gi 4 family, aku, lala, yie & my parent.
Sebelum tu sarapan dulu kat LCCT MB...











& berposing2 (lala,nadia,baby & Dina..yg terbaring tu anak lala yg sulung, iman)
Sampai Kuching kul 2pm...tunggu kereta sewa dan g lunch. Pas tu check in kat Tunes....promotion rate -all in RM20/nite..memang berbaloi.(aku booking 1 ari jer sbb dpt murah)

Ni ler rupa lobby nyer...betul2 depat Hilton
Ni lak rupa biliknyer yg comel..kami terpaksa bawak airbed tuk xtra bed. Utk makluman Bilik ni tiada tingkap & TV ya. Tv & Internet ada disediakan di Lobby.
Merayau2 di Main Bazaar & waterfront...jln kaki jer dr Tunes tu..kedai2 kt sini tutup awal. Kul 7pm kalu x silap aku.

Waterfront..Makan malam kat Waterfront...(lupa nak amik gambar). Makanannya sedap tapi agak mahal. Nasi lemak @ Mee goreng sepinggan RM5.

Hari Ke-2 (16 Oct 2009)

Kami pindah ke Somerset Gateaway Apartment lak..2 hari duk kat sini.Masa aku dtg dulu pun duk kt sini gak. Hotel ni memang selesa tuk family. Ada kitchen (boleh masak pd yg rajin). Yg aku suka dia provide washer & dryer (so tak yah bw baju byk2)Lepas solat Jumaat kami G Santubong. Sepatutnya kami ada driver tp disaat2 akhir driver ada hal lain. So, aku terpaksa jd co-pilot secara tak rasmi. Berpandukan map yg x berapa complete kami redah jer p santubong. Kat sini jalan dia komplikated sikit. kalu silap masuk jln duk bpusing2 kat situ jer la. Nasib dpt co-pilot yg bijak...hehehehe.

Ni gambar gunung santubong yg aku sempat snap dari dlm kete.
Berposing depan Kampung Budaya SARAWAK...

Pantai Damai...walaupun dah setahun tapi masih x berubah tempat ni

Hari ke-3 (17 Oct 2009). Kami ke Serikin...berpandukan peta yg x complete & co-pilot yg bijak, kami berjaya sampai ke sana dlm kul 10.30pagi.Keadaan agak sesak compare gan masa aku g taun lepas. Dan harga brg pun dah boleh tahan mahal. Aku cuma shopping tikar & kain pasang indon kt sini. Gambar x snap sbb masing2 sibuk dok pilih brg.

Kul 2pm kami G Lunch kat Bau.Lepas tu terus balik Kuching. Sempat Singgah kat Muzium Kuching.Lepas tu merayau jap kat Pasar satok. Makan malam kat area Ariff Hotel. Kami cuba rasa Ayam penyetnya (nasi+ayam goreng+ulam). Makanan disini sedap dan harganya pun berpatutan.

Hari Ke-4 -hari terakhir(18 Oct 2009).Disebabkan semlm x sempat nk beli brg kat Satok sbb angin kuat & hujan. Kami terpaksa g lg. Beli Pua Kumbu & Terubok Masin.

Yie & family sedang shoping di satokLepas tu G merayau di Jalan India & Main Bazaar. Cari kek lapis..klu nak yg fresh kena g kilang dia kat seberang sungai tp x leh tawar. Yg kat depan Bazaar ni kalau pandai tawar boleh dpt murah.



Tya org2 kat situ cam ner nk g seberang dgn kete. dorang suma x rekmen takut sesat. Dorang suh naik sampan jer. Kami pun g seberang naik sampan sbb nak cuba makan kat restoren payung. Aku cuba makan mee kolok...tp bukan taste aku kot...kurengggg. Ammar order kolok goreng...dia kata sedap sangat.

sebenarnya banyak gambar menarik kat sini...tempat ni memang cantik..tp aku malas nk dwload. 4 ari kat sini aku & Hb dah mahir sikit gan selok belok jln kt sini. Pada sapa2 yg nk g Swak leh la booking kamek org jd Tourist Guide nya ..heheheh

Kul 7pm kami dah gerak ke airport sbb flight aku kul 9pm.

Cite Raya yg dah basi

Dah dekat sebulan x hapdet blog...bukan malas @ bz, tp penat...hari2 buka blog kawan2 & asyik dok baca entri org. bila buka blog sendrik dah penat. Tapi tak pa la...nak gak cite raya cam geng2 lain tu.

Taun ni seperti yg dah dimaklumkan turn Raya kt kg Cik Hb. Hari sabtu 1 hari b4 raya baru balik. Kami konvoi 3 keta balik J1. DJ Radio bg info Karak Highway sesak. Aku usulkan ikut jln lama tp depa suma x mau...kami pun redah jer la. Kul 1.30pm baru gerak dr Gombak (amik PIL yg duk kat sana).
Alhamdulillah...sepjg perjlnan sumanya ok..tiada langsung kesesakan, mungkin dj tu lupa nak hapdet info terkini kot.Kul 3.30pm kami dah spai Bdr Pusat. Merayau2 jap kat situ sbb dah lama x balik.Kul 4.30pm baru spai umah, geng2 konvoi suma dah spai & dok sibuk prepare juadah berbuka.
Ni gambar2 raya...sesi bermaaf-maafan.

dan ni gambar raya kami untuk tahun 2009

Raya ke-2 kami ke Lipis a.k.a kg my parent.

bergambar gan nenek, wan & family adik lelakiku, yie. Adik aku dah nak balik Banting.

Raya ke-3, Balik kg mak kepada mak aku lak (nenek aku daaa...)

yg paling tinggi tu adik aku, lala, bergambar gan mak sedara & cousin2 aku berlatar belakangkan umah peninggalan nenek aku...

Raya ke-4, G umah pakcik Hb. Berhampiran gan umah dia ada Titi Gantung

Ni geng penggembaraan yg telah berjaya melintasi titi gantung itew...

Pakcik yg bw kami ke titi gantung ni ajak beraya kt umah dia. Dr titi gantung ke umah dia lebih kurang 1km kot. Abis cair make-up aku...
Gambar dia & family.

setakat ni jer la laporan raya utk taun 2009.